Portal berita terbaik anda

Utama

Cemas bilik stor sekolah terbakar

JERTIH: Hampir 500 warga Sekolah Kebangsaan Seri Payong, di sini, cemas selepas stor pejabat di aras satu sekolah berkenaan terbakar pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, stor pejabat aras satu di sekolah berkenaan yang turut berhampiran bilik guru dan pejabat terbakar.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin, berkata kejadian menyebabkan buku rekod mengajar dan fail serta dokumen musnah terbakar.

Beliau berkata, kejadian menyebabkan kerugian dianggarkan RM20,000.

“Bagaimanapun kita bersyukur kerana kejadian tidak membabitkan kemalangan jiwa dan sesi persekolahan diteruskan seperti biasa kerana bilik kelas berada di blok lain,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Penolong Penguasa Bomba Mohd Zamri Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 9.12 pagi sebelum dua jentera dengan kekuatan 13 pegawai dan anggota dari Balai Bomba Jertih dan Balai Bomba Besut dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, setibanya di lokasi kejadian, api sedang marak dan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya jam 10 pagi.

“Kebakaran memusnahkan 70 peratus stor simpanan dan pejabat dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Loading...

Leave a Reply