Permohonan lesen motosikal percuma untuk rakyat Terengganu

Kerajaan negeri Terengganu akan membuka permohonan lesen motosikal percuma kepada 25,000 belia di negeri ini. Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) ini akan bermula pada 1 Februari hingga 1 Mac 2019. Mereka yang berminat boleh membuat permohonan seperti berikut:

Syarat-Syarat Kelayakan Program LMTS

  1. Program Lesen Motosikal B2.
  2. Dibuka untuk 25,000 orang yang layak.
  3. Berumur dari 16 hingga 40 tahun.
  4. Bujang atau sudah berkahwin.
  5. Anak jati Terengganu atau bermastautin lebih 10 tahun. Pengesahan Penghulu atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diperlukan.
  6. Permohonan pertama kali pertama sahaja.
  7. Pendapatan tidak lebih daripada RM2,000 sebulan.
  8. Pelajar sekolah, Institut Pengajian Tinggi (IPT), pusat kemahiran layak dan perlu disahkan masih belajar oleh pusat pengajian atau Penghulu Mukim atau MPKK.
  9. Latihan atau kursus dalam negeri Terengganu sahaja.
  10. Bebas daripada saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jika ada, pemohon perlu lebih dahulu menjelaskan saman JPJ atau PDRM.
  11. Kos ditanggung oleh kerajaan negeri adalah kos buat LESEN sahaja tidak termasuk kos lain-lain yang dikenakan oleh institut memandu.

Cara Memohon Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS)

Permohonan mesti diisi melalui atas talian atau ‘online’ atau menggunakan borang secara manual.

Permohonan secara online boleh dibuat melalui laman sesawang http://idana.terengganu.gov.my. Untuk permohonan secara manual, sila dapatkan borang di seluruh Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kawasan masing-masing.

Borang permohanan yang telah siap diisi hendaklah diserahkan kepada MPKK bersama salinan dokumen berikut:

  • Kad Pengenalan Pemohon
  • Slip gaji @ Pengesahan Tempat Belajar (mana-mana yang berkaitan)
  • Bagi mereka yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh MPKK atau Penghulu Mukim.
  • Pemohon OKU bagi Lesen B2 ini perlu mengepilkan bersama salinan Kad OKU.

Tempoh permohonan dan pelaksanaan

Pendaftaran dibuka selama sebulan bermula 1 Februari hingga 1 Mac 2019. Pelaksanaan program pula akan bermula pada 15 April 2019.

Pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak urusetia dan semakan boleh dilayari di laman sesawang http://idana.terengganu.gov.my selepas 1 April 2019.

Loading...

Leave a Reply