Portal berita terbaik anda

Utama

Kecoh di Twitter, netizen dakwa Caprice tak puas hati dengan Ustaz Ebit Lew?

Sejak beberapa hari yang lalu, nama penyanyi rap popular Caprice hangat diperkatakan berikutan dia telah memberi petunjuk terdapat satu perihal besar yang bakal mengejutkan rakyat Malaysia tidak lama lagi.

Menerusi beberapa hantaran di laman Instagram nya sebelum ini, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata isu tersebut mempunyai kaitan dengan misi kemanusiaanya di Gaza dan akan mendedahkan segala-galanya menerusi sebuah siaran langsung yang dijadualkan pada Rabu hadapan(21 Julai 2021).

Dalam pada itu, tular pula sebuah video yang mengandungi beberapa tangkap layar status dan komen penyanyi itu yang kononnya dikatakan merujuk kepada pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew. Selain dikatakan menyindir Ebit, netizen turut membuat spekulasi bahawa pendedahan yang bakal dibuat oleh Caprice adalah mengenai pendakwah yang disegani ramai itu.

Menjengah ke laman Twitter, netizen mula mengecam hantaran Caprice sebelum ini dan tidak menyangka ia merujuk kepada Ebit. Bagaimanapun, segelintir daripada mereka meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi awal dan menunggu penjelasan yang sebenar dibuat oleh Caprice pada 21 Julai kelak.

Terdahulu, Caprice berkesempatan untuk bertemu dengan Ebit di Gaza pada 1 Julai lalu. Pertemuan tersebut ternyata membuatkan ramai terharu berikutan rata-rata menyifatkan mereka seperti hero rakyat Malaysia yang sanggup menggadaikan nyawa demi misi kemanusiaan di Gaza.

Loading...

Leave a Reply