Portal berita terbaik anda

Politik

Calon PH berjanji akan bina hospital jika menang PRK Semenyih

HULU LANGAT – Hospital Semenyih menjadi satu daripada usaha yang akan diutarakan calon Pakatan Harapan (PH) kepada kerajaan negeri jika memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Muhammad Aiman Zainali berkata, ramai penduduk memberi maklum balas mengenai keperluan sebuah hospital di DUN berkenaan.

Jelasnya, Semenyih kini hanya memiliki beberapa klinik kesihatan dan terpaksa berkongsi kemudahan hospital di Hospital Kajang yang terlalu sesak.

”Hospital Kajang kini penuh. Saya pun duduk di Semenyih. Bila kita tengok pekan Semenyih, Bandar Tasik Kesuma dan Taman Pelangi Semenyih merupakan kawasan yang besar.

“Kawasan yang besar begini dengan 54,000 pengundi, termasuk Kantan Permai dan Bukit Mahkota. Beranang pun penduduk sudah ramai. Apa yang ada di sini klinik kesihatan sahaja, tak mampu menampung keperluan penduduk di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja ke medan selera Pertubuhan Peladang Beranang di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai sifat dirinya yang pendiam dan masih kurang mesra rakyat, Muhammad Aiman berkata, sifat itu memang semulajadi dirinya.

Katanya, ada pihak yang cuba membantu membimbingnya untuk bercakap dengan orang ramai.

“Saya akan perbaiki kelemahan saya untuk bercakap dengan orang ramai,” ujarnya.

Bercakap mengenai manifestonya sebagai calon PH, beliau berkata, ada perancangan untuk menyediakannya tetapi bukan bersifat menabur janji.

“Insya-Allah saya akan berkongsi tentang apa perancangan-perancangan yang akan dibuat,” ujarnya.

Loading...

Leave a Reply