‘Buka mata dan hati ya kawan-kawan’ – Didakwa langgar SOP, peserta All Together Now Malaysia buka mulut

PROGRAM All Together Now Malaysia di Astro menjadi pertikaian netizen kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila barisan selebriti yang bertindak sebagai juri dilihat tidak memakai pelitup muka sepanjang rakaman berlangsung.

Tidak hanya mendiamkan diri, peserta program Mohd Ezwan Hafizi atau lebih dikenali sebagai Black membuka mulut menjelaskan keadaan sebenar.

Jelasnya, program ini dirakam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada bulan Februari.

Peserta dan juri program juga perlu menjalani ujian calit Covid-19 sebanyak dua kali.

Mengenai pemakaian pelitup muka, Black meminta orang ramai agar membuka minda sewaktu mengajukan soalan.

Dia memberi contoh situasi sedang makan atau bersukan tanpa perlu memakai pelitup muka dalam tempoh PKPP.

Peserta ini turut meluahkan rasa kesal apabila dilabel ‘dah macam yahudi’ dan ‘tak ingat mati’ apabila menyertai program berbentuk hiburan.

Dia menggesa orang ramai menyelidik dahulu sebelum melemparkan sebarang tuduhan.

Sebagai seorang peserta program, dia menegaskan semua pihak yang terlibat dikawal rapi oleh produksi.

Malah, katanya, ada polis yang datang memantau keadaan setiap setengah jam.

Loading...

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *