Portal berita terbaik anda

Viral

Bomoh arah mereka buang ‘sampah’ dalam arus sungai yang mengalir

Hari ini tular satu klip video memaparkan tindakan seorang wanita yang selamba membuang bungkusan plastik di sebuah jambatan di Kelantan daripada kenderaannya.

Rata-rata netizen mengecam tindakan wanita berkenaan dan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai ‘tiada kesedaran sivik’.

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook bernama Azhar Zamiri tampil menceritakan kisah sebenar di sebalik tindakan wanita terbabit.

Menurut Azhar, keluarga terbabit baru pulang dari berubat secara tradisional di Kuala Krai dan mereka telah diarah oleh bomoh untuk membuang ‘sampah’ itu ke dalam air sungai yang mengalir.

Azhar juga meminta netizen supaya berhenti mengecam keluarga terbabit yang kini berada dalam kemurungan.

Walaupun cerita tersebut belum dapat dipastikan kesahihannya, rata-rata netizen menganggap ianya hanyalah rekaan semata-mata yang bertujuan untuk mempertahankan perbuatan wanita itu.

Terdahulu, video berdurasi 20 saat itu viral apabila dikongsi pelayar laman sosial Facebook dan mendapat pelbagai respon daripada orang ramai.

Netizen mengecam wanita itu tidak sepatutnya bertindak demikian dalam keadaan kenderaan yang bergerak.

Tidak kurang juga yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai memalukan rakyat negeri Kelantan, merujuk kepada nombor pendaftaran kenderaan yang dinaikinya yang menggunakan plat ‘D’.

Netizen berpendapat tindakan seperti itulah yang menyebabkan berlakunya pencemaran sungai sekaligus dikaitkan dengan bencana banjir yang sering kali membawa bersama sampah sarap dan plastik.

Kemarahan netizen kian memuncak apabila ada salah seorang daripada pelayar Facebook berkongsi alamat pemilik kenderaan tersebut termasuklah mahu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya pihak yang terlibat.

Loading...

Leave a Reply