Portal berita terbaik anda

Hiburan

‘Bila balu arwah Abam berhati binatang!’ – Ali Puteh berbalah dengan kakak ipar pasal harta?

Belum reda lagi rasa duka terhadap pemergian pelawak Syed Umar Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey, telah muncul krisis dalam kalangan ahli keluarga arwah.

Ia menjadi tanda tanya apabila adik Abam, Ali Puteh telah memuat naik satu posting di Instagram miliknya sehingga mengejutkan ramai pihak.

Bila balu arwah Abam berhati binatang!

Difahamkan persengketaan itu terjadi kerana berkaitan dengan harta kerana berdasarkan caption yang ditulis.

“Baru seminggu meninggal segala harta yang dikejar…Aku Akan buka segalanya..Allah ITU maha besar…” tulis Ali Puteh.

Sudah semestinya posting itu membuatkan ramai orang tengah terkejut sehingga ada yang menyangkakan bahawa instagram Ali Puteh digodam. Namun, posting itu telah dipadamkan.

Bagaimanapun, salah seorang ahli kumpulan Bocey, Achey sempat menasihati Ali agar menyelesaikan perkara tersebut dengan sebaiknya sebagai rasa tanda hormat terhadap arwah.

Fikir arwah Li..

Loading...

Leave a Reply