Portal berita terbaik anda

Info

Berambut panjang dapat mengurangkan risiko darah tinggi?

ADA mitos kononnya sesiapa yang berambut panjang sering dikaitkan dengan gejala negatif, namun Anas bin Malik RA berdasar hadis sahih al-Bukhari [5452] menceritakan rambut Rasulullah SAW mencecah bahu.

Jelas sekali berambut panjang itu salah satu sunnah Rasulullah. Begitupun, penulis ada teori dan penyelidikan yang membuktikan berambut panjang boleh mengurangkan tekanan darah tinggi.

Tekanan darah tinggi atau hipertensi terkenal sebagai ‘pembunuh senyap’. Penyakit ini tidak mempunyai sebarang gejala atau simptom sekalipun ia antara punca utama penyakit jantung atau strok.

Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa (CDC) melaporkan serangan jantung punca utama kematian dan satu daripada tiga penduduk dunia dewasa mempunyai tekanan darah tinggi.

Secara ringkas, tekanan darah kita diukur berdasarkan dua tekanan darah dalam milimeter merkuri (mm Hg), tekanan darah sistolik (systolic blood pressure).

Nombor teratas menunjukkan tekanan di dalam saluran darah apabila jantung mengepam manakala tekanan darah diastolik (diastolic blood pressure), nombor terbawah mewakili tekanan di dalam saluran darah ketika mana jantung berehat atau tidak mengepam.

Tekanan darah bergantung kepada berapa banyak darah jantung mengepam dan berapa banyak rintangan ketika darah mengalir dalam arteri.

Maksudnya semakin sempit atau kecil saluran dalam arteri, semakin tinggi tekanan darah. Semakin luas permukaan dalam arteri, semakin kurang tekanan darah.

Dari sudut kejuruteraan, mengikut hukum Pascal iaitu prinsip tekanan dalam cecair ditemui oleh Blaise Pascal (1623-1662).

Pakar matematik dan ahli fizik itu menyatakan tekanan boleh dipindahkan melalui bendalir (cecair) tidak boleh mampat ke mana-mana bahagian atau kedudukan di dalam bendalir tersebut. Nilai tekanan ini akan berubah mengikut nilai permukaan.

Pascal menegaskan, nilai tekanan dalam cecair akan berlaku peningkatan atau pengurangan berkadar songsang mengikut kedalaman dan keluasan permukaan cecair.

Ini bermaksud tekanan semakin berkurangan jika kedalaman dan permukaan cecair meningkat.

Penulis terpanggil mengkaji hubungan hukum Pascal ini dengan tekanan darah dalam badan manusia.

Permukaan dan kedalaman arteri dalam badan manusia dapat ditingkatkan sekali gus hipertensi dikurangkan.

Proses ini berlaku jika anda berambut panjang. Bermaksud, semakin panjang rambut di kepala, tekanan darah dapat dikurangkan.

Pengalaman peribadi selama empat tahun membuktikan penulis mengalami perubahan tekanan darah berkurangan antara 10 dan 15 peratus apabila berambut panjang mencecah hampir 50 sentimeter.

Laporan American Heart Association (AHA) menyatakan seorang daripada tiga orang atau 78 juta orang dewasa menghidap penyakit hipertensi di Amerika Syarikat.

National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES) pula melaporkan lelaki lebih ramai menghidap penyakit tekanan darah tinggi berbanding wanita iaitu 33.4 peratus. Kaitannya ialah kebanyakan wanita berambut panjang.

Laporan berkenaan menjangka bilangan ini akan meningkat kepada penambahan 7.2 peratus pada 2030.

Penulis percaya berambut panjang adalah sunnah Nabi yang boleh mendatangkan manfaat, malah aspek sains membuktikan berambut panjang boleh mengurangkan tekanan darah tinggi dan serangan jantung.

Mulai sekarang, mitos kononnya berambut panjang itu amalan negatif mesti dihentikan.

* Ir Dr Muhidin Arifin ialah Pengarah Institut Kejuruteraan Sukan, Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor

Loading...

Leave a Reply