Portal berita terbaik anda

Utama

Bendera bintang lima satu pengkhianatan terbuka kepada negara

SHAH ALAM – Tindakan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) memaparkan bendera Malaysia dengan bintang berbucu lima dalam satu majlis perasmian kejohanan sukan itu kelmarin dianggap sengaja mahu mempersendakan simbol kedaulatan negara.

Felo utama Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Teo Kok Seong berkata, tindakan biadab itu satu pengkhianatan terbuka kepada negara tercinta.

“Ini satu kesilapan besar dan sangat ketara, ia sungguh mendukacitakan. Bagaimana simbol kedaulatan negara ini diperlakukan sedemikian rupa.

“Tindakan biadab ini seolah mempersendakan negara. Jalur Gemilang adalah satu lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Oleh itu kita jangan ambil mudah terhadap perkara ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Kelmarin, tular satu klip video yang memaparkan Jalur Gemilang dengan bintang berbucu lima bersama logo Westport ditayangkan ketika nyanyian lagu Negaraku pada majlis perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28.

Menurut Kok Seong, perkara tersebut boleh berlaku kerana kurang semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga sanggup memperlekehkan simbol negara.

“Sudah banyak kali perkara seperti ini berlaku namun mereka menganggap ia sesuatu yang remeh.

“Ini berlaku kerana kurangnya semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia terutama generasi muda,” katanya.

Justeru katanya, tindakan undang-undang perlu dikenakan terhadap pihak terbabit bagi memberi iktibar kepada semua pihak.

“Imej negara tercalar dengan perbuatan biadab ini. Sebelum ini, mereka hanya mohon maaf jika buat silap namun sudah tiba masanya kita perlu hentikan budaya minta maaf ini.

“Sebaliknya tindakan undang-undang perlu dikenakan terhadap pihak terbabit bukan sahaja untuk memberi pengajaran kepada mereka bahkan kepada masyarakat umum agar lebih berhati-hati dalam sebarang tindak tanduk,” katanya.

Loading...

1 Comment

  1. Abdullah Sani b.Ismail

    In MY OPINION, THE NGOs WERE THE FIRST GROUPS TO ATTACK THE MALAYSIAN POLICE AND THE ARMED FORCES. THEY WANTED TO WEAKEN THE AUTHORITY OF THOSE IN UNIFORMS. TODAY, THEY HAVE SUCCEEDED TO BREAK THE SPIRIT, NOT ONLY THE ARMED FORCES BUT ALSO THE CIVIL SERVICE.
    HENCE, WHATEVER THEY DO, TODAY THE AUTHORITIES HAVE TO BOW.

Leave a Reply