Portal berita terbaik anda

Utama

Belanjawan 2020: Pulau Pinang dapat RM100 juta bina kereta kabel baharu

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM100 juta bagi pembinaan sistem kereta kabel baharu di Bukit Bendera, Pulau Pinang.

Begitupun, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kos tambahan untuk projek tersebut akan ditanggung kerajaan negeri.

“Perkhidmatan kereta api funikular ke Bukit Bendera Pulau Pinang dijangka mencecah dua juta penumpang setahun dan melebihi kapasiti.

“Kerajaan akan menyumbang kepada pembinaan sistem kereta kabel baharu ke Bukit Bendera dengan peruntukan sebanyak RM100 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan 2020 bertemakan Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama di Parlimen petang tadi.

Loading...

Leave a Reply