Portal berita terbaik anda

Utama

Belanjawan 2020: Beban kewangan meningkat, BSH perlu dikurangkan?

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) perlu mengurangkan Bantuan Sara Hidup (BSH) dalam pembentangan Belanjawan 2019 bagi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung ketika ini.

Ia juga selari dengan hasrat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu BSH dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga ianya dihapuskan sepenuhnya.

Beliau menyifatkan pentadbiran kerajaan terdahulu di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak ‘memanjakan rakyat’ dengan bantuan wang tunai tanpa mereka perlu melakukan kerja.

“Najib memanjakan rakyat dengan membuatkan mereka fikir tanpa melakukan sebarang kerja, kerajaan akan berikan wang kepada mereka.

“Mereka menjadi sangat bergantung kepada kerajaan dan ini adalah tidak baik. Mana-mana negara yang rakyatnya berasa kerajaan akan membayar wang walau tidak melakukan apa-apa, ia akan muflis,” katanya.

Mahathir berkata, matlamat kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan sebanyak mungkin menerusi pelaburan asing dan domestik.

Untuk rekod, pada 2019 kerajaan PH sudah membelanjakan RM4.2 bilion kepada hampir 3.9 juta isi rumah yang diluluskan.

Bagaimanapun, jumlah itu hanyalah separuh daripada peruntukan tahun sebelumnya sebanyak RM6.8 bilion membabitkan agihan kepada 7.2 juta penerima.

Loading...

Leave a Reply