Portal berita terbaik anda

Utama

Bekas suami gagal bayar nafkah bakal berdepan sekatan bank

PUTRAJAYA – Bekas suami yang gagal membayar nafkah kepada anak-anak dan bekas isteri bakal berdepan tindakan sekatan bank.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, pihaknya bersama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) telah mengadakan perbincangan untuk melaksanakan tindakan berkenaan dalam usaha memperkasakan penguatkuasaan terhadap mereka yang ingkar perintah mahkamah.

Menurut beliau, ramai kalangan wanita yang tidak diberi keadilan dari sudut nafkah yang telah diputuskan oleh mahkamah syariah.

“Perkara ini telah dibincangkan diperingkat JKSN, juga diperingkat kami (kementerian) dan saya harap penguatkuasaan itu akan dipertingkatkan termasuk melibatkan isu sekatan bank.

Namun kita perlukan sedikit autoriti untuk bertindak ke atas suami-suami yang liat membayar nafkah kepada isteri,” katanya kepada media selepas selepas sesi Town Hall Maqasid berjudul “Tadbir Urus Maqasid Syariah” di sini hari ini.

Tegasnya, keputusan yang dibuat mahkamah syariah, apabila ditentukan perlu dibayar.

“Kebanyakan bekas isteri tiada tempat untuk mengadu dan terdapat kelemahan dari segi penguatkuasaan.

“Oleh itu saya harap penguatkuasaan juga mesti ditumpukan kepada soal keluarga yang mana wanita-wanita yang diceraikan banyak sekali tidak mendapat hak mereka bila bekas suami ini berasa mereka tidak dikuatkuasakan tanggungjawab mereka untuk memberi nafkah,” katanya.

Loading...

Leave a Reply