Bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik masuk PPBM

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik difahamkan akan menyertai Bersatu pada konvensyen parti itu di Melaka petang ini.

Memetik laporan Astro Awani, sumber memaklumkan satu sidang media akan dibuat pada jam 3.30 petang nanti.

“Tan Sri (Rahim Tamby Chik) akan menyerahkan borang keahlian pada konvensyen ini kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Mengikut jadual, sesi penyerahan borang keahlian dan sidang media akan dibuat pada pukul 3.30 petang,” katanya.

Rahim merupakan veteran Umno dan juga bekas Ketua Menteri Melaka keenam selain pernah memegang jawatan Naib Presiden Umno..

Rahim ketika dihubungi untuk mengesahkan isu berkenaan memberitahu kemasukan ahli-ahli baharu ke dalam Bersatu termasuk daripada Umno boleh dianggap satu penghijrahan politik seperti hijrahnya Rasulullah dari Mekah ke Madinah.

“Ia satu jihad Islamik dan fardu kifayah demi menyelamat dan mempertahan kuasa politik Melayu di negara ini selagi ada bulan dan bintang,” katanya.

Loading...

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *