Portal berita terbaik anda

Hiburan

Bayi alami pendarahan dalam paru-paru, suami Abby Abadi rayu doa semua

Beberapa hari yang lalu, pelakon Abby Abadi telah selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Abby terpaksa melahirkan anak lebih awal bagi menyelamatkan kedua-dua nyawa anak dan dirinya dilihat kembali pulih daripada masalah darah tinggi yang dihidapinya.

Bayi dalam keadaan tidak berapa baik

Namun begitu, bayi yang dilahirkan berada dalam keadaan kurang baik memandangkan dilahirkan ketika baru berusia 6 bulan dalam kandungan.

Pelbagai inisiatif dilakukan oleh Abby serta suami untuk menguatkan fizikal bayi mereka yang dipanggil Baby D dengan dibantu oleh Norman Hakim dan juga Memey Suhaiza.

Baby D alami pendarahan dalam paru-paru

Semalam, suami Abby iaitu Faizal Zakaria telah memuat naik satu posting di Instagramnya memberitahu bahawa anak mereka berada dalam keadaan kritikal.

Hal tersebut membuatkan mereka semua berasa cemas dan risau denagn keadaan terkini Baby D. Menurutnya lagi, doktor telah memanggil mereka berdua untuk memberitahu bahawa bayi mereka mengalami pendarahan paru-paru.

 

View this post on Instagram

 

Hari ke 5 ….. Baby D hari ni abah dan mama @abby_abadi112 dtg jumpa baby lagi, gelisah rasa hati kalau lambat ke NICU utk berbual2 dgn baby. Abah & mama tak mahu baby sunyi…abah dapat rasakan baby rindukan sentuhan Mama & sentuhan Abah juga kan sayang . Baby D Suka sebenarnya utk Abah kongsikan perkembangan baby pd kawan2 Abah & Mama. Tp Abah serba salah….. Abah tak pasti nk kongsikan hanya cerita gembira saja ke atau kedua2nya. Dari hari ke hari , rasa mcm tak kuat utk simpan sendiri cerita sedih tentang Baby D 😭Setelah difikirkan, Abah perlu kongsi juga cerita tentang Baby D supaya semua dpt mendoakan kesihatan Baby ye sayang . Zohor tadi Doc dari NICU call ward minta mama turun ke tempat baby untuk ambil darah, abah dan mama ingatkan itu perkara biasa…rupanya… ada cerita yg mengharukan dari Doc. Gementar bila Doc britahu ada pendarahan pada paru2 anak Abah Mama 😭 . Bahaya ke, Abah tanya Doc. Doc kata ye.. Luluh jantung Abah mendengarnya . Dalam pada tersenyum bahagia menerima kehadiranmu ,hati Abah menangis sbb tak sanggup melihat baby D dalam keadaaan begini sebenarnya. Dari awal Doc dah tak beri harapan pada Mama Abah, tapi bila abah renung raut wajah baby D, naluri abah dapat rasakan baby Abah akan terus kuat & bertahan kan sayang . Maghrib ni pun ada berita sampai kat Mama, bgtau yg Baby kritikal, tp Mama Abah mcm tak nak terima berita tu sbb Mama Abah yakin ALLAH tetap mendengar doa Abah dan mama, termasuk doa mereka2 yang mendoakan baby di luar sana . Hanya mengharapkan keajaiban dari ALLAH yang mampu mengubah segala-galanya. Allah lebih berkuasa dan Maha mendengar 😭 #DoakanBabyDkami #SemogaPanjangUmurnya #HanyaDoaMampuMengubahTakdir

A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on

Percaya kuasa doa

Dia juga pada mulanya mengatakan serba salah untuk berkongsi keadaan anak mereka namun memikirkan tentang kuasa doa, dia yang yakin dengan kekuasaan Maha Pencipta berharap agar semua pihak dapat memanjatkan doa untuk kesihatan anak mereka.

Semoga semuanya dipermudahkan

Semantara itu, netizen telah menzahirkan doa buat bayi pasangan ini. Rata-rata mereka berharap agar ada keajaiban yang boleh menyelamatkan Baby D supaya dapat menunjukkan perkembangan positif.

Semoga Abby Abadi serta anak mereka berada dalam keadaan sihat dan terus sihat serta membesar menjadi anak yang soleh.

Loading...

Leave a Reply