Portal berita terbaik anda

Utama

Bayar RM500 untuk temui pelakon gay terkenal di Muzium Negara?

KUALA LUMPUR – Pelakon utama drama Thailand SOTUS: The Series yang bertemakan hubungan antara lelaki dan lelaki dijadual akan menemui peminat mereka di Malaysia buat pertama kali sejak drama tersebut muncul di kaca televisyen negara jiran pada tahun 2016.

Poster promosi kemunculan dengan perkataan ‘Kissing Krist & Singto 1st Fan Meeting in Malaysia’ dikongsi di Instagram #mahersenisdnbhd.

Kedua-dua watak utama lelaki drama itu Prachaya Ruangroj atau Singto dan Perawat Sangpotirat atau Krist didakwa akan menemui peminat mereka di Auditorium Muzium Negara pada Sabtu, 20 Oktober depan.

Peminat dikenakan bayaran masuk sebanyak RM700 dan RM500.

SOTUS: The Series mula ditayangkan pada 20 Ogos 2016 dan mendapat sambutan hangat di Thailand. Dalam drama tersebut Singto memegang watak Kongpob Suthiluck manakala Krist membawa watak Arthit Rojnapat.

Arthit Rojnapat merupakan pelajar senior yang mempunyai sifat suka membuli manakala Kongpob Suthiluck pula pelajar junior di sebuah Fakulti Kejuruteraan.

Setiap pelajar junior perlu melalui S.O.T.U.S iaitu akronim untuk Seniority, Order, Tradition, Unity dan Spirit untuk diterima masuk ke dalam Fakulti Kejuruteraan.

Kongpob Suthiluck terpaksa berhadapan dengan Arthit Rojnapat bagi membolehkan beliau diterima di fakulti tersebut. Hubungan senior-junior yang pada mulanya tegang dan bermusuhan kemudiaannya bertukar kepada hubungan romantik.

Sementara itu di media sosial, terdapat netizen yang tidak senang dengan kehadiran pelakon tersebut ke Malaysia yang dianggap ingin mempromosi budaya LGBT (Lesbian, gay, biseksual dan transgender) di negara ini. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply