Baru sambut ulang tahun perkahwinan, coretan suami Ustazah Shadiya undang sayu

Awal pagi tadi, Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian pendakwah bebas, Ustazah Shadiya Abbas akibat sesak nafas.

Pemergian arwah secara tiba-tiba sudah tentu sukar untuk diterima ahli keluarga terutamanya suami arwah, Ustaz MK Azman lebih-lebih lagi mereka baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan ke-17 pada 30 Mac lalu.

Menerusi Facebook, Ustaz MK Azman sempat mencoretkan kisah awal perkenalan awal mereka di universiti sehingga bergelar suami isteri.

Menurutnya, dia tertarik dengan ketinggian ilmu Ustazah Shadiya selain memiliki budi pekerti yang baik dan mulia.

Ikuti perkongsian Ustaz MK Azman di bawah:

SETELAH 17 TAHUN

Kami bertemu di Universiti Malaya Kuala Lumpur. Tak kenal pun siapa tu Shadiya Abbas..

Ketika itu, saya mahasiswa tahun 3. Dan, bekas tunang saya baru tahun 2.

Kami berkerja bersama semasa saya diamanahkan sebagai Ketua Pengarah Penerbitan PMIUM. Persatuan yg tersohor ketika itu. Semua orang kenal persatuan ni. Bekas tunang saya ni, jadi AJK saya. Masa tu saya tiada sapa² utk dijadikan teman hidup. Maklumlah saya ni rupa takde, miskin pulak tu. Tak berani nak approach sapa²..

Maka saya berdoa kepada Allah agar didatangkan seorang mahasiswi yg saya sebut ciri²nya dalam doa saya. Akhirnya Allah datang budak kecik tu.. Dalam hati saya dok sangka yang ni kot..

Lepas tu bila dah kenal famili dia, kami pun kahwin la. Alhamdulillah dah 17 tahun melayari bahtera bersama. Dikurniakan zuriat 3 orang.

Kenapa saya pilih dia??
Sebab orang lain tak mau kat saya..

Ok ok.. Sebab dia pandai cakap. Dia ada ilmu. Dialah juga GURU SAYA.

Sebelum kuliah, saya akan rujuk beliau. Dapatkan ilmu dari beliau. Dia simpan banyak doa, doa untuk penyembuhan, doa asma ul a’dzom, doa penunduk.

Selamat Ulangtahun perkahwinan ke-17 tahun buat kita.
30032003-30032020

#imgonnalovesulikeimgonnalooseu
#happyanniverserytous

MKAzman👩‍❤️‍👨Shadiya
AlfatehAl’IzzSoffya
Togetherwesupporteachother

Tambahan: ORANG TUA TUA KATA…kalau berjodoh, rupa ada serupa juga.
Kalau tak betul, mungkin sama dengan isteri kedua kot.. (saja cari pasal)

Sebab DIA BAIK, SAYA RAMAH

Loading...
Published
Categorized as Viral

1 comment

  1. Asslam ,sy harap ustaz bersabar segala ujian yg allah berikan kepada ustaz ,sy doakan kebahagiaan ustaz amin.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *