Portal berita terbaik anda

Politik

Baru 8 bulan, rakyat diminta bersabar dengan kerajaan PH

SHAH ALAM – Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof meminta rakyat bersabar dan memberi sedikit ruang kepada kerajaan baharu untuk menunaikan janji-janji yang dibuat pada PRU14 lalu.

Jelas Mohd Redzuan lagi, ini kerana kerajaan PH tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai beban kewangan negara ketika mengambil alih daripada pentadbiran terdahulu.

“Baru lapan bulan (PH ambil alih negara). Kita tidak ada maklumat yang tepat (ketika melakar manifesto ( PRU14) . Mungkin menampakkan ia populis.

“Bagilah peluang kepada kerajaan baharu yang masih dalam peringkat untuk membangunkan semula negara.

Loading...

“Jadi, kita mohon rakyat yang memberi kepercayaan kepada kita (PH) untuk punyai sedikit lagi kesabaran (terhadap kerajaan),” katanya dalam program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, di sini, hari ini.

Menurut beliau lagi, kepimpinan kerajaan terutamanya anggota Kabinet kini sedang berusaha untuk memastikan kebajikan dan keperluan rakyat terus diberi keutamaan.

“Kerajaan yang diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan ahli Kabinet yang lain sentiasa bergerak dalam satu pasukan untuk membina negara yang lebih baik,” katanya.

Loading...

Leave a Reply