Portal berita terbaik anda

Utama

Bapa kritikal di ICU, anak sebak tak dapat tengok ayah langsung

Penularan wabak Covid-19 di Malaysia semakin membimbangkan apabila 110 kes baharu dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 900 kes.

Bukan itu sahaja, seramai 20 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Anak salah seorang mangsa yang berada di ICU, Syahira Idris, tampil berkongsi perasaan sedih mereka sekeluarga yang terpaksa berdepan dengan situasi tersebut.

Hancurnya hati apabila dia bersama ibu serta adik-beradik yang lain tidak dapat menziarahi ayahnya yang kini dalam keadaan kritikal dan sedang bertarung nyawa.

Mereka yang sedang dikuarantin hanya mampu mendoakan kesembuhan ayahnya dari jauh tanpa boleh melihat apatah lagi menyentuh insan yang paling disayangi. Sebak!

Menurut Syahira, ayahnya tidak menyertai sebarang perhimpuan dan dijangkiti oleh individu yang disahkan positif Covid-19.

Pada mulanya, ayahnya telah melakukan pemeriksaan dan berada dalam keadaan baik.

Namun pada Rabu, keadaan ayah menjadi teruk secara tiba-tiba sehingga doktor terpaksa melakukan intubasi bagi menyelamatkan nyawanya.

Wabak merebak cepat, tolong duduk di rumah!

Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen turut mendoakan supaya Allah memberikan kesembuhan kepada ayahnya.


Sumber: syahiraidris

Loading...

Leave a Reply