Bapa Ayu Damit meninggal dunia akibat kanser paru-paru

BAPA penyanyi Ayu Damit, Damit Osiri, 73, meninggal dunia awal pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10 pagi tadi setelah sekian lama bertarung dengan kanser paru-paru tahap empat.

Ayu yang dihubungi memberitahu dia telah tiba di Kota Kinabalu sejak pukul 1 tengahari tadi dan masih menunggu pengesahan pihak hospital memandangkan proses bedah siasat ke atas jenazah masih lagi dijalankan.

“Kami sekeluarga kini berada di rumah sementara menunggu dihubungi pihak hospital,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Ayu memberitahu sebelum ini sempat beberapa kali berkomunikasi dengan ayahnya menerusi panggilan video.

“Kali terakhir ayah memberi respon dalam perbualan kami ketika saya menghubunginya Isnin lepas.

“Semalam saya ada menghubunginya lagi namun ketika itu dia sudah tidak mampu berkata-kata,” ujarnya.

Perkhabaran duka itu dikongsi Ayu menerusi satu entri di Instagramnya sekitar pagi tadi.

“Asalamualaikum, dukacitanya Ayu maklumkan bahawa bapa Ayu Damkit Bin Osiri telah meninggal dunia sebentar tadi di rumah.

“Terima kasih pada semua yang selama ini mendoakan bapa Ayu. Pada hari Jumaat yang mulia ini bapa telah pergi buat selamanya,” tulisnya.

Loading...

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *