Bapa Achey meninggal dunia

Takziah buat pelawak Achey Bocey di atas pemergiaan bapa tercinta, Hamzah Salam yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Segamat, Johor tengah malam tadi.

Berkongsikan berita duka itu di Instagram sebentar tadi, Achey meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan buat arwah bapanya.

“Tiada lagi abah… tapi abah tetap dalam diri kami… Innalillahiwainnailaihirojiun….” tulisnya.

Semalam, Achey memaklumkan Allahyarham bapanya dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri di kediamannya di Segamat, Johor.

“Selalu selepas Subuh, abah akan sambung tidur dan dalam jam 10 pagi, dia akan bangun untuk bersarapan. Tetapi pagi ini, adik yang ada di kampung memaklumkan abah tidak sedarkan diri.

“Badannya panas tetapi kakinya sejuk. Jadi mereka terus hubungi ambulans dan dia dikejarkan ke Hospital Segamat,” ujarnya.

Achey berkata kesihatan bapanya berusia 80 tahun itu mula merosot selepas mengalami kemalangan lima tahun lalu dan bergerak menggunakan kerusi roda.

Loading...

Leave a Reply