Portal berita terbaik anda

Utama

Banjir hampir pulih di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Bilangan penduduk terjejas banjir di Terengganu setakat pukul 8 malam ini berkurangan kepada 145 orang daripada 32 keluarga berbanding 666 orang daripada 194 keluarga pada tengah hari tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata, pada masa ini hanya daerah Kemaman masih dilanda banjir.

Menurutnya, dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang beroperasi di Hulu Terengganu telah ditutup secara rasmi sepenuhnya pada pukul 4 petang tadi.

“Ketika ini hanya lima PPS masih beroperasi di Kemaman iaitu Balai Raya Padang Kemunting yang menempatkan 15 mangsa, Surau Blok 28, Kampung Baru Felda Neram 1 (tiga), Dewan Orang Ramai Teladas (42), Masjid Batu 16 Tebak (35) dan Dewan Orang Ramai Batu 14 (50),” katanya.

Orang ramai bagaimanapun dinasihatkan agar terus berhati-hati dengan sebarang perubahan cuaca. – Bernama

Loading...

Leave a Reply