Bangga menipu polis untuk lepas roadblock PKP

Baru-baru ini, kerajaan telah mengetatkan hukuman kepada mereka yang didapati melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menaikkan jumlah denda melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Namun, masih ada segelintir individu yang sengaja mengingkari arahan pihak berkuasa.

Malah, ada yang sanggup menipu termasuk menyalahgunakan pas petugas kesihatan bagi meloloskan diri daripada sekatan jalan raya.

Perkara tersebut mendapat perhatian polis Dungun dan mereka memuat naik satu posting di Facebook menggesa orang awam agar tidak menyalahgunakan kelonggaran yang diberikan kepada mereka.

“Admin betul-betul terkesan dengan 2 posting ini setelah diberi kelonggaran dan telah disalahguna, moga Allah sahaja membuka hati kedua-duanya supaya lebih sensitif berkenaan wabak Covid_19,” tulis posting tersebut.

Sehubungan itu, IPD Dungun akan memperketatkan pemeriksaan dan mengambil tindakan lebih tegas terhadap mereka didapati melanggar arahan PKP.

“IPD Dungun Khususnya akan lebih memperketatkan lagi pemeriksaan supaya kejadian seperti ini tidak berlaku di Daerah Dungun, dan diingatkan sekiranya alasan-alasan yang diberikan diragui dan tidak munasabah pihak kami akan mengambil tindakan dengan lebih tegas,” tulis posting tersebut,” tulisnya.

Loading...

One Response

  1. Kamar April 18, 2020

Leave a Reply