Portal berita terbaik anda

Utama

Bajet 2019: Mat rempit sambut baik pemberian subsidi petrol

KUALA LUMPUR – Golongan samseng jalanan atau mat rempit menyambut baik pemberian subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter oleh kerajaan kepada motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

Menurut salah sorang geng mat rempit dari Pulau Pinang, keputusan itu melegakan dirinya dan rakan-rakannya yang lain kerana kos untuk menyertai lumba haram akan berkurangan.

“Selalunya mat rempit menggunakan motosikal 125cc seperti Yamaha 125z dan ia membolehkan kami berjimat bagi setiap liter RON95 yang digunakan.

“Terima kasih kepada pihak kerajaan yang prihatin kepada golongan seperti kami,” katanya di sini hari ini.

Dalam pembentangan Bajet 2019 hari ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, 2.6 juta pemilik motosikal akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim subsidi tersebut.

“Kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 40 liter sebulan,” katanya.

Loading...

Leave a Reply