Portal berita terbaik anda

Nahas & Bencana

Badan lelaki hancur, kereta meletup dipanah petir

SEORANG lelaki hancur anggota badan selepas kereta dipandunya meletup dipercayai dipanah petir dalam kejadian di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh, Kota Bharu, petang hari ini.

Kejadian pada 5.38 petang itu menyebabkan kereta Proton Iswara dipandu mangsa rentung dan terputus dua.

Lima kenderaan lain yang berada berhampiran di lokasi kejadian turut terbakar susulan letupan berkenaan.

Difahamkan, sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang berada di lokasi kejadian turut menemui serpihan mercun di lokasi berkenaan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu ketika dihubungi berkata, seorang mangsa meninggal dunia dalam kejadian berkenaan.

“Ketika kejadian terdapat lima kenderaan di lokasi berhampiran yang turut terbakar.

“Cermin masjid berdekatan juga pecah akibat letupan kenderaan itu,” katanya.

Loading...

Leave a Reply