Portal berita terbaik anda

Utama

Azam Baki dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Azam Baki dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuatkuasa hari ini (9 Mac).

Pelantikan itu dumumkan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini.

Azam yang merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM dilantik menggantikan Latheefa Koya yang meletakkan jawatan Ketua Pesuruhjaya minggu lepas. – MalaysiaGazette

Latheefa Koya sah letak jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Latheefa Koya hari ini mengesahkan beliau sudah meletak jawatan.

Dalam kenyataan dikeluarkan, beliau berkata, surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 Mac lalu.

Menurutnya, keputusan meletak jawatan dibuat atas kehendaknya sendiri dan menyifatkan spekulasi bahawa beliau menerima tekanan untuk berbuat demikian sebagai tidak berasas.

Beliau berkata, yakin SPRM akan dapat meneruskan perjuangan memerangi rasuah di bawah keupayaan pegawai dan anggota sedia ada, bersama sokongan Perdana Menteri.

Latheefa dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 1 Jun tahun lalu untuk tempoh dua tahun menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Loading...

Leave a Reply