‘Ayah sayang kamu selama-lamanya’ – Bapa bisu luah perasaan guna bahasa isyarat

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Pepatah tersebut sememangnya sukar disangkal kerana ibu dan ayah adalah antara individu yang terawal menyayangi kita di dunia ini.

Setiap ibu bapa yang baru dikurniakan cahaya mata sudah tentu akan merasa teruja dan tidak sabar untuk meluahkan rasa sayang terhadap zuriat masing-masing.

Menerusi satu perkongsian video di Twitter, seorang bapa yang pekak dan bisu dilihat sedang berkomunikasi buat kali pertam dengan bayinya yang baru sahaja dilahirkan.

Lelaki berkenaan menggunakan bahasa isyarat bagi menyatakan rasa sayangnya terhadap anaknya itu.

Bagi memudahkan warganet memahami apa yang disebutkan oleh lelaki itu, seorang pengguna Twitter telah menterjemahkannya dan ternyata ayat-ayat yang disampaikan adalah luahan rasa sayang terhadap bayi tersebut.

Perkongsian itu terlihat begitu indah kerana jelas menunjukkan kasih sayang yang terpancar di riak wajah bapa bayi walaupun tidak boleh meluahkan rasa sayang melalui percakapan.

Loading...
Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *