NAMPAKNYA tahap kesedaran masyarakat terhadap bahaya rokok masih belum cukup walaupun pelbagai kempen kesedaran dijalankan oleh pihak kerajaan.
Malah, jumlah perokok di Malaysia semakin bertambah dari sehari ke sehari.
Baru-baru ini, pengacara terkenal tanah air, Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil telah diuji dengan pemergian dua orang abang kandungnya dalam tempoh sebulan.
Menerusi IG Live, pengacara berusia 56 tahun itu telah meluahkan kesedihan dan menyatakan kerinduan terhadap dua ahli keluarganya itu.
Berhentilah merokok, kasihanilah mak ayah
Difahamkan, arwah abang Paknil menghidap kanser akibat daripada tabiat arwah yang kuat merokok. Malah, arwah ayahnya juga jatuh sakit kesan daripada merokok.
“Ayah Paknil pergi sebab rokok, abang-abang Paknil pergi sebab rokok..tolonglah berhentilah merokok kesian adik-adik, kesian mak ayah,” katanya.
Paknil juga sempat berpesan kepada semua perokok di luar sana agar meninggalkan tabiat yang tidak sihat itu, kerana yang menanggung deritanya kelak adalah ahli keluarga mereka sendiri.
I think i should spread out this message especially u!! Yes u!!!😭😭😭 pic.twitter.com/Acs9oD4ghl
— ~~~🙄 (@e_nuyn) September 18, 2019
Aku pun hampir kehilangan bapa sebab rokok
Sementara itu, IG Live tersebut telah tular selepas ianya dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dengan nama akaun, e_nuyn.
Tweet tersebut telah diulang kicau sebanyak 27 ribu kali dan menerima lebih 16 ribu tanda suka selain turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Leave a Reply