Portal berita terbaik anda

Utama

Awas 10 jenis ubat gastik ini berisiko terjadi kanser, KKM sudah tarik balik

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menarik semula 10 produk berdaftar yang mengandungi bahan aktif Ranitidine.

awas 10 jenis ubat gastik ini berisiko terjadi kanser, kkm sudah tarik balik

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk tersebut disahkan mengandungi impuriti N-Nitrosodimethylamine (NDMA) melebihi had dibenarkan.

“Ubat mengandungi Ranitidine bagi pesakit yang mengalami pedih ulu hati dan ulser perut ini biasanya digunakan dalam jangka masa pendek iaitu beberapa hari sehingga beberapa minggu.

“NDMA merupakan salah satu impuriti daripada kumpulan nitrosamine yang biasa ditemui pada paras yang rendah. Antaranya dalam makanan dan minuman tertentu, pencemar udara dan hasil daripada proses pengilangan tertentu.

“Berdasarkan International Agency for Research on Cancer (IARC), NDMA boleh meningkatkan risiko terjadinya kanser kepada pengguna dalam jangka masa panjang,” katanya kepada Sinar Harian.

10 produk terbabit adalah:

  1. Zantac Injection 50mg/2ml (MAL19950591ARZ)
  2. Zantac Syrup 150mg/10ml (MAL19910829ACRZ)
  3. Zantac Tablet 150mg (Tidak dipasarkan di Malaysia) (MAL19871471ARZ)
  4. Hyzan Tablet 150mg (MAL19984063AZ)
  5. Vesyca Film Coated Tablet 150mg (MAL19991131AZ).
  6. Apo-Ranitidine 300mg Tablet (MAL19988448AZ)
  7. Apo-Ranitidine 150mg Tablet (MAL19986966AZ)
  8. Ranitic Tablet 150mg (MAL19988460AZ)
  9. Pharmaniaga Ranitidine Tablet 150mg (MAL19987368AZ)
  10. Pharmaniaga Ranitidine Tablet 300mg (MAL19987370AZ).

Buat mereka yang sedang mengambil Ranitidine, sila dapatkan nasihat daripada profesional kesihatan jika ada sebarang keraguan.

Loading...

Leave a Reply