Portal berita terbaik anda

Utama

Awas penjawat awam! Dendam DAP terhadap anda belum tamat

KUALA LUMPUR – Hari ini, buat kesekian kalinya DAP terus-terusan mempertikai kedudukan penjawat awam.

Seperti didedahkan oleh penganalisis politik, Dr Kamarul Yusof, hari ini, 28 November, Ahli Parlimen Kota Kinabalu dari DAP, Chan Foong Hin, menanyakan di Dewan Rakyat:

‘Apakah dasar Kerajaan semasa berkenaan pencen pegawai/kakitangan awam dan adakah Kerajaan bercadang untuk melakukan pembaharuan dasar bagi mengutamakan penjimatan wang rakyat?’

Pada 19 November lalu, Ahli Parlimen Sarikei dari DAP, Wong Ling Biu, menanyakan di Dewan Rakyat:

‘Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengurangkan kakitangan Kerajaan di dalam negara?’

“Tertanya-tanya apa sebenarnya masalah atau ketidakpuasan hati DAP dengan penjawat awam ini hinggakan bukan sahaja penjawat awam yang sedang berkhidmat malah penjawat awam yang sudah pencen pun nak dikacau juga?,” soal Kamarul.

Perkara itu bukan baharu. DAP berdendam dengan penjawat awam sejak mereka menjadi pembangkang lagi.

Kini, selepas menjadi kerajaan, pimpinan dan penyokog DAP tidak pernah berhenti menyerang penjawat awam.

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy mempertikaikan tentang kuota Melayu dan Bumiputera sebagai penjawat awam. Wal hal, termaktub dalam kontrak sosial tentang hak istimewa Melayu dan Bumiputera untuk mengisi jawatan tersebut.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua pula pernah menggelar penjawat awam sebagai biawak hidup sementera seorang penyokong dan penyumbang dana DAP, Koon Yew Yin pernah menggelar bahawa askar hanya makan dan tidur.

Yang terbaharu, berlaku rombakan besar-besaran Ketua Setiausaha (KSU) kementerian kerana didakwa adanya penjawat awam yang setia dengan kerajaan terdahulu. Hakikatnya, KSU kementerian dijadikan kambing hitam akibat dasar DAP-PH yang tidak konsisten.

Itu belum dikira begitu ramai penjawat awam berstatus kontrak yang tidak disambung khidmat mereka sebaik DAP-PH menang PRU14.

Sebenarnya, bukan penjawat awam biasa yang masih berkhidmat atau yang sudah pencen membebankan kewangan kerajaan. Sepatutnya DAP terlebih dahulu mengkaji pencen yang banyak yang diterima oleh wakil rakyat. Wakil rakyat berkhidmat dalam tempoh yang singkat berbanding penjawat awam sekurang-kurang berkhidmat 25 tahun atau 30 tahun ke atas.

Simpati kepada penjawat awam yang telah memberi undi kepada DAP-PH dalam PRU14 lalu. Kini, anda sedang disembelih hidup-hidup. Anda masih ada peluang membuat perubahan dalam PRU15 nanti. – Buletin Asia.

Loading...

Leave a Reply