Portal berita terbaik anda

Utama

AS catat kes pertama kematian bayi akibat Covid-19

WASHINGTON: Kematian seorang bayi di Amerika Syarikat (AS) disebabkan wabak COVID-19 seperti dinyatakan pegawai di negeri Illinois semalam, adalah satu kejadian yang sangat jarang membabitkan pandemik itu di kalangan kanak-kanak.

Pada sidang akhbar, Gabenor JB Pritzker, kematian bayi terbabit disebabkan oleh COVID-19 yang baharu dalam tempoh 24 jam ini.

Sementara itu, menurut Jabatan Kesihatan Awam negeri, kanak-kanak yang meninggal dunia di Chicago itu, berusia kurang setahun dan diuji positif COVID-19.

Pengarah jabatan itu, Ngozi Ezike dalam satu kenyataan berkata; “Tidak pernah ada kematian yang dikaitkan dengan COVID-19 di kalangan bayi. Siasatan penuh sedang dijalankan untuk menentukan punca kematian,” katanya.

Sementara itu, Pritzker yang menggambarkan dirinya ‘gementar’ dengan berita kematian itu, berkata; “Saya tahu betapa sukarnya berita ini, terutamanya mengenai anak yang sangat muda ini.

“Ini amat menyedihkan bagi keluarga kanak-kanak yang sangat kecil ini, untuk tahun-tahun yang dirampas dari bayi ini, kita perlu bersedih.”

Minggu lalu, Pegawai Kesihatan Perancis, Jerome Salomon berkata, seorang gadis berusia 16 tahun meninggal dunia di kawasan Ile-de-France di Paris dan sekitarnya.

Menurut Salomon, (coronavirus) akut di kalangan golongan muda sangat jarang berlaku.

Di California minggu lalu, Jabatan Kesihatan Awam Los Angeles berkata, seorang remaja diuji positif COVID-19 dan meninggal dunia.

Bagaimanapun, menurut jabatan itu kes berkenaan rumit dan mungkin ada penjelasan alternatif.

Pelbagai kajian mendapati virus itu tmenjejaskan pesakit yang lebih tua dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Amerika Syarikat mempunyai jumlah tertinggi kes iaitu lebih daripada 120,000, walaupun angka kematiannya melebihi 2,000, yang masih di bawah negara lain termasuk Itali, Sepanyol dan China.

Lebih daripada 450 kematian di AS berlaku sepanjang tempoh 24 jam sebelum ini.

Kes membabitkan bayi di Chicago itu adalah antara 13 kematian baharu di Illinois. – AFP

Loading...

Leave a Reply