Portal berita terbaik anda

Politik

Apabila Islam dipimpin Si Bacul

Menteri Agama, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menyelesaikan isu membabitkan lambang salib di sebuah bangunan kediaman di negeri itu.

Sangat lucu bila mana Menteri Agama yang sebelum ini lantang hendak menutup pusat tahfiz tiba-tiba menjadi ‘tikus’ apabila menyentuh isu Kristian.

Kenapa takut sangat hendak bersuara Mujahid?

Ketika isu pencegahan maksiat sebelum ini bukan main hebat berkata bahawa penguatkuasa agama tidak berhak menyerbu orang yang sedang berzina jika mereka melakukannya secara tertutup.

Kini, bila tiba isu bangunan salib, pandai pula nak cakap suruh kerajaan negeri sahaja selesaikan.

Inilah akibatnya bila orang Islam memilih pemimpin yang bacul.

Bacul untuk bersuara terhadap kebiadapan penganut agama lain. Hanya berani dengan sesama Islam sahaja.

Ketika isu kuil haram Seafield bukan main cepat lagi pergi melawat kuil. Malah menjulang tangan penguasa kuil seperti mereka telah ‘menang’.

Kini bila status agama Islam dipermainkan dengan isu bangunan salib, sudahlah lambat bersuara, penakut dan bacul pula bila berhadapan dengan negeri DAP.

Ini Menteri Agama untuk orang Islam atau Menteri Agama untuk DAP?

** Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis Negara Insider dan tidak semestinya mencerminkan pendirian CempedakCheese.

Loading...

Leave a Reply