Portal berita terbaik anda

Politik

Anwar sahkan PH calonkan dirinya sebagai PM

Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa anggota parlimen Pakatan Harapan (PH) memberikan sokongan kepadanya sebagai calon Perdana Menteri.

Beliau berkata PH telah menjemput Mahathir untuk menghadiri mesyuarat Majlis Presiden pada Selasa lalu, tetapi ditolak perdana menteri interim itu.

“Justeru itu keputusan Majlis Presiden semalam telah menetapkan bahawa calon perdana menteri Pakatan Harapan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata beliau ketika membacakan kenyataan daripada gabungan itu.

Ditanya mengenai jumlah sokongan diperolehnya, Anwar berkata adalah tidak manis untuk menyatakan perkara itu dan menyerahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Loading...

Leave a Reply