Portal berita terbaik anda

Politik

Anwar kurang senang Najib turun Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS – Kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkempen di PRK Cameron Highlands mengundang rasa kurang senang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, beliau tidak dapat menerima Najib datang ke Cameron Highlands berjumpa rakyat seolah-olah tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan.

“Saya tengok berbanding dengan PRK yang lain kali ini Najib rajin datang. Bagus, memang hak dia sebagai warganegara dan rakyat.

“Tapi saya nak beritahu bahawa Najib kena terima kenyataan bahawa dia telah bawa satu kerosakan imej dan ekonomi Malaysia paling besar dalam sejarah. Satu dunia tahu,” katanya dalam Ceramah Perdana PH di Tanah Rata, di sini, malam ini.

Najib minggu lalu meluangkan masa tiga hari untuk berkempen membantu calon BN dalam PRK Cameron Highlands.

Ahli Parlimen Pekan itu sekali lagi turun berkempen minggu ini.

Loading...

Leave a Reply