Portal berita terbaik anda

Viral

Anjing peliharaan dilastik posmen, pemilik laporan polis

Kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Facebook berkongsi rakaman CCTV berdurasi 21 saat menunjukkan seorang posmen telah mencederakan haiwan peliharaan di rumahnya.

Menurut pemilik anjing tersebut, pihaknya telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan sudah membawa anjingnya ke klinik untuk sesi pemeriksaan serta rawatan.

Tambah pengguna itu, anjingnya dipercayai dilastik dengan menggunakan getah dan mengakibatkan mata anjingnya terjejas.

Lantaran itu, pihak Pos Malaysia dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah menggantung tugas posmen terbabit sementara menunggu hasil siasatan berhubung insiden itu.

Malah, Pos Malaysia turut mengatakan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap salah laku kakitangannya termasuk menamatkan perkhidmatan.

“Kami telah mengenal pasti posmen yang berada dalam video itu dan dia telah digantung kerja sementara menunggu hasil siasatan.

“Pos Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan kesalahan daripada pekerja kami dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas termasuk menamatkan perkhidmatan mereka,” katanya.

Apakah pula pendapat anda akan kes ini?

Loading...

3 Comments

  1. Pihak majikan tak perlu menngantung tugas posmen tersebut,memadailah dgn memberi amaran dan surat tunjuk dan bertanya kenapa posmen itu melastik anjing tersebut sbb anjing itu berada d dlm pagar rumah…Klau majikan berpuashati dgn pengakuan posmen itu maka amaran terakhir harus d berikan kpd posmen itu…Kasihan laa dgn keadaan negara berdepan dgn pandemik wabak covid19 dan posmen itu hilang punca mata pencariannya…Tak salahkan majikan bersifat tolak ansur dgn staf dia..

  2. siti

    Sepatutnya pemilik mesti bertangung jawab dan mengambil langkah – langkah yang perlu untuk memastikan anjingnya tidak membuat kacau ganggu (salakan) yang mengganggu posmen atau penghantar barangan dlm menjalankan tugasnya . Salakan anjing berterusan juga turut akan mengganggu ketenteraman jiran dan orang awam. Saya percaya ini adalah antara syarat pematuhan semasa pengeluaran lesen anjing bagi kebanyakan PBT.

Leave a Reply