Portal berita terbaik anda

Utama

Anggota tentera maut motosikal terbabas ketika ke tempat kerja

Seorang anggota tentera berpangkat Lans Koperal maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas ke dalam semak ketika menuju tempat kerjanya di Perak, pagi Isnin.

Mangsa, Muhamad Amirul Alias, 25, mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa yang berasal dari Baling, Kedah meninggalkan seorang isteri dan belum memiliki anak.

Pemergian arwah secara tiba-tiba mengejutkan ahli keluarga dan rakan-rakan seperjuangannya.

Mereka menyifatkan arwah seorang yang baik dan sangat disenangi ramai.

“Macam mimpi Yo tinggalkan kami semua. Masih lagi terkejut dan tak percaya, tapi kami redha. Semoga Yo tenang di sana,” katanya.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

Loading...

Leave a Reply