Portal berita terbaik anda

Utama

Anggota polis meninggal dunia akibat strok haba

Seorang anggota polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Kelantan meninggal dunia dipercayai akibat strok haba, semalam.

Mangsa, Lans Koperal Attan Khairul Nizam Atan Mohamad, 27, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), pada pukul 9.45 malam tadi.

Difahamkan, arwah ditemui tidak sedarkan diri di dalam keretanya ketika pulang bercuti di kampung dan disahkan mengalami pendarahan di dalam kepalanya akibat strok haba.

Pemergian arwah secara tiba mengejutkan bukan sahaja ahli keluarga mangsa malah sahabat dan rakan sekerjanya.

Arwah disifatkan sebagai anak yang baik dan selalu mendahului ibu bapa serta keluarganya dalam setiap urusan.

“Arwah anak yang sangat baik.. selalu mendahului ibubapa dan keluarga dalam segala urusan. Dari sekolah rendah dah kerja untuk cari duit. Tutur kata baik tak pernah berkasar.. bila ditanya senyum je,” ujar bekas guru arwah, Suhaiza Sapiin.

Loading...

Leave a Reply