Portal berita terbaik anda

Viral

Anak hidap CP sejak lahir, ibu mohon doa agar boleh berjalan

Seorang ibu memohon doa orang ramai agar anak lelakinya, Muhammad Rayyan Haizan dapat berjalan seperti kanak-kanak lain.

Menurut Fiqa Zaril, anak sulungnya berusia tujuh tahun itu mempunyai masalah Cerebral Palsy (CP) yang membataskan pergerakan fizikal sehingga sukar untuk melakukan aktiviti harian.

Menerusi laman Twitter, wanita berusia 25 tahun itu memuat naik beberapa keping gambar Muhammad Rayyan yang terpaksa menggunakan walker dan kerusi roda untuk berjalan.

“Nak minta tolong jasa baik korang RT post ini biar ramai orang nampak dan sedekahkan doa untuk Muhammad Rayyan Haizan boleh berjalan macam kawan-kawannya yang lain. Thankyou in advance! Moga Allah balas kebaikan untuk korang,” katanya.

Posting berkenaan meraih 12,000 tanda suka dan diulang kicau lebih 14,000 kali oleh netizen yang rata-rata mendoakan kesihatan Rayyan selain memuji kecomelannya.

Loading...

Leave a Reply