Anak, bapa meninggal selang beberapa jam

TAPAH – Seorang warga emas meninggal dunia selang beberapa jam selepas anak lelakinya ditemui mati di sebuah rumah di Kampung Baru Temoh Stesen, Temoh di sini pada Ahad.

Hasbollah Ahmad, 75, yang mengalami strok dan beberapa penyakit lain seperti darah tinggi dan kencing manis sempat dimandikan anaknya yang meninggal dunia itu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam kejadian sekitar jam 10.50 pagi itu, anak lelaki mangsa, Zulfahmi Hasbollah, 46, ditemui tidak sedarkan diri di luar bilik mandi rumahnya.

“Mangsa dikatakan terjatuh ketika kejadian dan meninggal dunia di kediamannya.

“Mengikut maklumat, mangsa menghidap penyakit kencing manis, saluran jantung tersumbat dan darah tinggi serta pernah menerima rawatan susulan di Klinik Kesihatan Kampar,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang unsur jenayah pada tubuh mangsa.

“Mayat mangsa telah menjalani proses bedah siasat di Hospital Tapah dan selamat dikebumikan pada jam 6 petang semalam (Ahad),” katanya.

Beliau berkata, pada sebelah malamnya, polis menerima maklumat kematian bapa mangsa sekitar jam 10 malam.

Katanya, bapa mangsa disahkan meninggal dunia akibat kompilasi penyakit yang dialaminya.

“Kedua-dua kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *