Portal berita terbaik anda

Viral

Anak 9 orang tidak peduli, warga emas datang hospital seorang diri

APABILA anak-anak sudah meningkat dewasa, setiap daripada mereka semestinya mempunyai perancangan sendiri. Ada yang masih belajar, tidak kurang juga yang sudah bekerja.

Bagi anak-anak yang sudah mendirikan rumah tangga, kadang-kadang tidak sempat menghubungi ibu bapa untuk bertanyakan khabar kerana terlalu sibuk dengan kehidupan seharian.

Akibatnya, ibu bapa mengambil keputusan untuk ‘bergerak sendiri’ dalam situasi yang memerlukan tanpa mahu menyusahkan anak-anak.

Itu yang berlaku terhadap seorang wanita warga emas yang terpaksa pergi ke hospital seorang diri untuk mendapatkan rawatan walaupun memiliki sembilan anak.

Menurut Salehuddin Morktarudin, dia berharap agar salah seorang daripada mereka dapat membantu ibu sendiri kerana wanita itu terpaksa ditahan di hospital.

Posting yang dikongsi menerusi laman Facebook itu mengundang perhatian netizen bagi memberikan komen yang rata-rata sebak melihat keadaan makcik terbabit.

Namun masih berharap agar urusan makcik berkenaan dipermudahkan kerana selagi ibu bapa masih ada, berbaktilah kepada mereka.

Sumber: Salehuddin Morktarudin

Loading...

Leave a Reply