Mohamad Ammar Dhani sudah tiada

SEBERANG PERAI – Kanak-kanak penghidap penyakit leukemia, Mohamad Ammar Dhani Mohd. Azuan, 7, yang mencapai impiannya menaiki kereta peronda polis (MPV) pada bulan lalu meninggal dunia petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, pesakit kanser tahap empat itu meninggal dunia kira-kira pukul 6 petang di rumah keluarganya di Bakar Kapor, Kepala Batas di sini.

“Saya baru mendapat perkhabaran Mohamad Ammar Dhani telah meninggal dunia petang tadi.

“Difahamkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Bakar Kapor, Penaga, Kepala Batas kira-kira pukul 11 pagi esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Akhbar Kosmo! pada 23 Januari lalu melaporkan, impian Mohamad Ammar Dhani untuk menaiki MPV ditunaikan oleh Noorzainy apabila telah membawanya meronda di sekitar Ibu Pejabat Polis Daerah SPU, Kepala Batas.

Kanak-kanak itu yang bercita-cita menjadi anggota polis dibawa bersiara-siar selama lima minit sejauh kira-kira dua kilometer dengan MPV jenis Honda Civic. – K! ONLINE

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *