Portal berita terbaik anda

Hiburan

‘Simpan sikit bontot tu untuk suami’ – Adik Neelofa dikecam kerana aksi yoga

NAMA Ameera Khan sentiasa menjadi sebutan netizen disebabkan pelbagai isu yang melibatkan dirinya tular di media sosial.

Jika sebelum ini, namanya naik kerana didakwa telah memperlekehkan telefon pintar jenama Samsung, kali ini timbul pula isu penampilannya yang dikatakan seksi.

Baru-baru ini, Ameera menerusi Insta Story miliknya telah berkongsi video dia sedang melakukan senaman Yoga dengan mengenakan pakaian yang terlampau ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya.

Malah, aksi yang ditunjukkannya terlalu menggoda.

Video berdurasi 22 saat itu kemudiannya tular dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Ada yang menyifatkan apa yang dilakukan Ameera ini seolah-olah sengaja mencari publisiti murahan untuk mendapat perhatian ramai.

Bagaimanapun, Ameera seperti biasa tidak terkesan dengan kecaman yang dilemparkan kepadanya, sebaliknya sentiasa bersikap positif setiap kali berdepan kecaman.

Loading...

Leave a Reply