Portal berita terbaik anda

Viral

Amah ditangkap cuba larikan harta benda majikan dengan lori

Perbuatan seorang pembantu rumah yang cuba melarikan barangan berharga milik majikannya menemui kegagalan apabila dia ditangkap ketika sedang memindahkan barangan itu, malam tadi.

Menurut sumber, suspek yang dikenali sebagai Juli telah berpakat dengan beberapa rakannya untuk membawa barangan tersebut menggunakan lori.

“Rumah kawan, maid plan nak bawa lari barang dengan lori. Pakat dengan kawan-kawan dia. Nasib baik owner sempat balik rumah. Penuh luggage disumbatnya harta benda tuan dia,” katanya.

Sementara itu, tuan rumah terkejut melihat pembantu rumahnya tergamak melarikan barangan miliknya ketika dia tiada di rumah.

“Baju-baju sutera habis berpuluh-puluh pasang. Apa punya kerja kau ni. MasyaAllah. Tudung-tudung semua habis semua ambik, apa nak jadi kau ni. Kau ni apa kena kau ni?” soal majikannya.

“Bila masa kau buat kerja ni ha?! Panggil polis je lah, tak payah hantar. Suruh dia duduk dalam penjara tiga hari, biar dia rasa. Bodoh betul la kau ni!” tambah isteri majikan.

Suspek kini diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Loading...

Leave a Reply