Portal berita terbaik anda

Jenayah

Alih bendera PAS, peniaga nyaris dibelasah biras

KOTA BHARU — Seorang peniaga nyaris ditumbuk di muka dan dipukul dengan kayu kerana mengalih bendera sebuah parti di depan sebuah premis.

Lelaki 31 tahun mengalihkan bendera PAS di depan kedai makan miliknya di Kampung Bukit Marak dekat Bachok pada 9.15 malam Selasa lalu.

Ketua polis daerah Bachok DSP Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata biras pemuda itu datang secara tiba-tiba dan mereka bertengkar.

“Suspek yang tidak berpuas hati kemudiannya bertindak menumbuk dan menghayunkan sebatang kayu tetapi mangsa sempat mengelak,” katanya.

Mangsa yang tidak cedera kemudian membuat aduan di ibu pejabat polis Kelantan dan suspek pula ditahan di rumahnya dua hari kemudian.

Suspek yang berusia 42 tahun direman empat hari bermula Jumaat lalu dan disiasat bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada masalah keluarga,” kata Nik Aminuddin.

Loading...

Leave a Reply