Portal berita terbaik anda

Hiburan

Terpalit isu pukul anak angkat, IG Aliff Syukri diserang netizen

Kecoh sejak malam tadi, isu mengenai seorang usahawan kosmetik terkenal didakwa memukul anak angkatnya yang berusia dua tahun dalam satu kejadian yang berlaku pada 28 Februari lalu.

Suspek dikatakan memukul muka kanak-kanak itu menggunakan tangan semasa mahu merakam gelagatnya menangis bagi melariskan “content” saluran YouTube miliknya.

Isu ini mendapat perhatian ramai dan hangat diperkatakan netizen di media sosial.

Malah, netizen turut mendedahkan satu salinan laporan polis yang dibuat oleh pembantu rumahnya dan tertera nama Datuk Seri Aliff Syukri serta anak angkatnya, Ameena.

Netizen juga mula membanjiri Instagram milik usahawan kosmetik itu dan menggesa beliau membuat penjelasan berhubung isu ini.

Bagaimanapun, sehingga kini pihak Aliff masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi tersebut.

Sebelum ini, sudah beberapa kali usahawan itu dihimpit kontroversi melibatkan anak angkatnya.

Antaranya mengenai perbezaan kasih sayang diberikan kepada anak kandung dan anak angkat meskipun dia dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida sebenarnya sudah mencuba yang terbaik untuk memberikan layanan sama rata terhadap kesemua anak-anak mereka.

Loading...

Leave a Reply