Portal berita terbaik anda

Utama

‘Al-Fatihah, Nur Dinie pergi jua…’ – Murid dijangkiti influenza meninggal dunia

MURID Tahun Satu, Nur Dinie Damia Muhammad Noor, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan disyaki dijangkiti influenza, meninggal dunia pada 10.41 malam tadi.

Berita Harian melaporkan, bapa Nur Dinie Damia, Muhammad Noor Amin, 38, yang berkongsi berita sedih itu, turut memohon orang ramai mendoakan supaya roh anak bongsunya itu ditempatkan dalam kalangan golongan beriman.

“Anak saya dah tiada. Innalillahiwainailaihirojiun,” katanya dalam mesej ringkas yang dihantar kepada pemberita menerusi WhatsApp, sebentar tadi.

Loading...

Leave a Reply