Portal berita terbaik anda

Utama

Al-Fatihah, Hassan Azhari sudah tiada..

KUALA LUMPUR – Tokoh agama terkenal Tan Sri Hassan Azhari meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada pukul 5 petang tadi akibat kanser limfoma tahap empat.

Allahyarham merupakan pendidik terkenal dengan rancangan Muqaddam pada awal 1970-an di saluran RTM dan merupakan orang yang melaungkan azan semasa kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957.

Hassan juga merupakan hakim pertandingan Tilawah al-Quran paling lama berkhidmat dalam negara selama 46 tahun.

Beliau juga merupakan bapa kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pelakon terkenal tanah air, Jalaluddin Hassan. – K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply