Aku dok halal sapa ke mati…

Norazilawati melihat meja yang tidak berkerusi selepas 60 kerusi di kedainya dicuri

SETIU – “Sampai hati mung (awak) curi kerusi kedai aku, aku dok (tidak) halal sampai mati,” kata Norazilawati Sarina Abdullah, 34, dari Kampung Chalok, di sini ketika ditemui di kedainya, semalam.

Norazilawati yang menjalankan perniagaan kedai makan mengalami kerugian RM1,800 selepas 60 kerusi di kedai makannya itu hilang dipercayai dicuri lewat pagi semalam.

Katanya, dia terkejut apabila menyedari semua kerusi di kedainya hilang ketika menghantar bahan masakan di kedai itu pada 11 pagi.

“Saya terkedu seketika apabila mendapati semua kerusi plastik hilang di dalam kedai.

“Memang setiap Ahad saya tidak berniaga tetapi pada 10.30 malam tadi saya sempat memantau kedai tetapi semua kerusi masih ada.

“Kemungkinan ia dicuri lewat pagi. Kejadian ini pertama kali berlaku sejak setahun berniaga di situ,” katanya.

Katanya, memandangkan semua bahan masakan sudah dibeli untuk berniaga, dia dan suami, Zuhaidi awang, 40, terpaksa mengeluarkan wang simpanan membeli kerusi baharu.

“Jika ikutkan saya dan suami tidak bersemangat untuk berniaga kerana kejadian itu, tetapi menggagahkan diri berniaga supaya tidak menghampakan pelanggan.

“Terpaksalah kami membeli 30 kerusi baharu yang berharga RM30 setiap satu,” katanya.

Keadaan kedai makan Norazilawati sebelum kerusi mejanya dicuri

Menurutnya, dia berharap semua kerusinya itu dipulangkan semula dalam keadaan yang baik.

“Saya tidak pasti apa tujuan semua kerusi itu dicuri, sekiranya ia dijual dan ada peniaga yang membelinya, kami meminta jasa baik mereka untuk pulangkan semula.

“Tidak berkat berniaga mengguna peralatan yang diperoleh daripada sumber yang haram,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Loading...

One Response

  1. zainab abdul manap April 29, 2021

Leave a Reply