Portal berita terbaik anda

Viral

Akibat tamak, roti Gardenia dibuang dalam tong sampah

Roti Gardenia kini telah menjadi pilihan ramai sepanjang tempoh tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan.

Mana tidaknya, majoriti rakyat Malaysia dilihat memilih roti Gardenia untuk dimakan ketika berada di dalam rumah yang seterusnya menyebabkan stok bagi produk tersebut semakin berkurangan.

Namun ketika musim ini, terdapat sesetengah individu yang cuba membuat pembelian panik dengan membeli roti tersebut pada jumlah yang banyak dan seakan-akan terlupa bahawa ia sebenarnya tidak tahan lama dan mempunyai tarikh luput.

Seperti baru-baru ini, viral di laman Twitter mengenai sikap individu yang dilihat telah melakukan pembaziran dengan membuang berbuku-buku roti Gardenia ke dalam tong sampah

Perlakuan individu yang tidak dikenali itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama Zambri Mohd Isa menerusi laman Twitter miliknya.

Perbuatan tidak bermoral tersebut telah menimbulkan rasa meluat serta marah dalam kalangan netizen yang rata-ratanya menyifatkan ia sebagai suatu pembaziran yang sangat besar lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi semasa.

Malah menurut mereka, akibat terlalu tamak dan mengikut nafsu, roti tersebut pada akhirnya terpaksa dibuang kerana tidak dimakan setelah melepasi tarikh luput.

Loading...

Leave a Reply