Portal berita terbaik anda

Viral

Akak viral provokasi pengguna jalan raya bukan kakitangan KKM

Viral di media sosial satu rakaman dashcam yang memaparkan seorang pemandu melakukan pusingan U hingga mengakibatkan kesusahan kepada pemandu lain.

Menurut sumber, pemandu yang turut melakukan provakasi itu dipercayai seorang doktor Hospital Serdang.

Susulan insiden itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan media menafikan individu berkenaan merupakan kakitangan mereka.

“Pihak Hospital Serdang mengambil maklum akan isu tular di laman media sosial Twitter milik Fadzil Amin, bertarikh 2 Februari berkenaan kelakuan seorang wanita yang didakwa doktor telah melakukan pusingan ā€˜uā€™ di lampu isyarat di hadapan hospital berkenaan serta dialog antara pemandu dan pemilik Twitter.

“Setelah semakan dibuat mendapati wanita itu bukan warga hospital dan KKM seperti yang didakwa,” katanya.

Terdahulu, insiden tersebut menerima kecaman daripada netizen di media sosial.

Sumber: KKM

Loading...

Leave a Reply