Portal berita terbaik anda

Utama

AJK masjid datang ke rumah Pak Aq tapi disambut dengan kata-kata kesat

Rundingan pagi ini kerana masih ada ahli keluarga yang enggan keluar. Pelbagai drama yang berlaku dirumah “Pak Aq” pagi ni. Kehadiran AJK Masjid dan orang kampung disambut dengan perkataan kesat oleh ahli keluarga “Pak Aq”.

Semoga Allah mempermudahkan dan memberi kesabaran penduduk-penduduk kampung.

Banyak kisah yang dapat pagi ini. Makcik-makcik orang kampung menangis membaca komen netizen dituduh tidak berhati perut.

“Sejak 1998 kami nak buat rumah depa tak mau. Macam-macam kami bagi. Hari ni satu Malaysia maki hamun kami di Facebook”.

Banyak sisi gelap yang tidak dicerita. Longgokan sampah adalah barang-barang sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk beg-beg yang kelihatan masih elok.

Timbunan sampai dari luar sampai ke dalam rumah. Entah bagaimana mereka tidur bercampur lelaki perempuan termasuk orang luar berlainan agama.

Apabila agensi dikecam, kakitangan mampu menerima kecaman.

Tetapi apabila ibu-ibu dan ayah-ayah di Kampung Derga dikecam, mereka hanya mampu menitiskan air mata sebak meluahkan perasaan. Bertahun memberi sumbangan tetapi hari ini nama mereka buruk satu Malaysia.

Kesan psikologi yang amat mendalam kepada orang-orang tua yang rata-ratanya orang kampung biasa dalam kalangan pesawah dan berkerja.

“Ya Allah berikanlah kekuatan kepada penduduk Kampung Derga”.

Sumber: Faisal Mustaffa

Loading...

Leave a Reply